Pengerusi Jabatan Kerja Raya juga telah mengulas bahawa jabatan beliau memerlukan kos yang amat tinggi untuk membersih sisa sisa yang dijana oleh liang dubur kereta lembu dan kuda. Disamping itu Jabatan Nasi Dagangan juga berkata mereka tidak mampu mengeluar AP untuk mengimport kereta lembu dan juga lembu yang lebih bermutu dari luar negara seperti New Zealand kerana komplikasi pertukaran mata wang asing dan juga ancaman pemberontakan dari golongan petani yang amat bergantung kepada tenaga lembu.
Golongan petani memang dikategori sebagai golongan miskin dalam konteks kerajaan kerana agenda “membantu orang miskin†merupakan agenda utama mereka. Disamping itu, AP kings juga akan membantah sekiranya organisasi mereka dinamakan semula kepada Lembu King. Demikian lah pihak kerajaan akan memperkenalkan bentuk pengangkutan awam yang baru seperti yang ditunggang oleh Son Goku.

Lakaran Model Awan Terbang Yang Termoden.
Potongan sebanyak 10 peratus dari elaun hiburan para menteri menteri akan diguna untuk membiayai pembelian kenderaan ini. Pengangkutan seperti ini amat berkuasa kerana ia mampu mencapai kelajuan maksimum 500 kilo meter sejam. Kenderaan ini juga amat sesuai untuk menjaga persekitaran Negara kita yang semakin ditenggelami oleh bau kentut yang dipanggil “keretaâ€. Apabila menteri pengangkutan jalan diminta untuk mengulas samada kenderaan awan terbang sesuai ditunggangi oleh golongan menteri dan ahli ahli politik, beliau berkata kenderaan yang sedemikian hanya sesuai diguna oleh manusia yang berhati kudus sahaja.
Jabatan Pengangkutan Jalanraya juga tidak boleh mengeluar lesen untuk mengawal kenderaan sebegini kerana secara teknikal, awan terbang tidak boleh dikategori sebagai kenderaan pengangkutan jalan. Untuk mengelak sebarang kesulitan yang bakal dialami oleh Rakyat

