Melaka memang maju. Matlamat Si Ali Ketam adalah untuk melihat Melaka menjadi negeri maju dalam masa 2 tahun lagi, iaitu 2010. Memang kurang asam jika dibandingkan dengan matlamat Tun mahathir. Tapi siapa peduli? Memang lah, kalau sudah berhutang RM 1 beliyon dengan kerajaan pusat, baik melaka jadi maju dalam masa dua tahun.
Janji Melaka akan menjadi negeri yang maha makmur pada tahun 2010. Orang kat KL tak yakin wilayah persekutuan tersebut mampu mencapai status majunya dalam masa 10 setahun namun demikian Ali Ketam begitu yakin matlamat itu dapat dicapai oleh Melaka dalam masa 2 tahun.
Maju dengan apa? Saya rasa Melaka ini memang maju dengan sistem pengairannya. Lama kelamaan Melaka memang mampu bersaing dengan bandar impian Atlantis yang telah tenggelam ke dalam air laut sejak beribu tahun yang lalu.
Mungkin itu lah maksud “negeri yang maju” yang dibawa oleh retorik Ali Ketam kerana otak udang saya ini memang tidak dapat memikir apa benda yang maju sangat kat negeri melaka kecuali sistem pengairan kami yang terhebat di dunia ini yang mampu menenggelam Kota Melaka dalam sekelip mata.

