Ada segelintir orang agak gusar dengan kembali nya ‘the return of the porn king’ Chua Soi Lek kepada kabinet kerana dia ni dianggap ahli yang lucah. Memang tidak boleh dipertikaikan lagi beliau memang terkenal dengan adegan lucah yang telah dirakam kamera secara sistematik walaupun kebiasaan lucah CSL dalam memilih bilik memang tidak kurang sistematiknya.
Memang ada orang akan kecam kabinet Pak Lah menerima ahli lucah ini tanpa segan silu namum demikian, adakah cuma beliau seorang saja yang lucah dalam pemikirannya? Kalau tengok secara teliti, seluruh ahli kabinet ini memang ada kegiatan lucah mereka yang sendiri. Cuma bezanya ada pada rakaman DVD.
Kegiatan mereka yang tidak diketahui umum tidak bermakna mereka tidak lucah. Agak sempitlah pemikiran orang sekiranya CSL dikecam dengan agenda terkenal anaconda beliau sekiranya kegiatan haram seperti amalan rasuah dan fitnah yang setaraf dengan kegiatan seks di luar nikah ini.
Adakah rasuah dan fitnah dianggap tidak lucah? Bukan saya ingin cuba untuk mempromosi aktiviti merogol kawan peribadi anda, cuma memang tidak masuk akal sekira orang lain ini suka sangat menuduh porn star Chua sebagai seorang ahli yang lucah apabila mereka sendiri juga mengamal kegiatan lucah tanpa disedari. Seluruh ahli kabinet Pak Lah sememangnya lucah, cuma bezanya mereka dengan CSL ada pada cekera padat DVD.

