Kesian sungguh jadi lembu dan babi di negara ini. Pada mulanya kehidupan lembu dan babi agak tenang. Makan tidur berak dan disembelih sudah menjadi kitaran hidup haiwan herbivor yang kaya dengan sumber protein ini.
Namun demikian kehidupan mereka telah mendapat status superstar baru baru ini kerana mereka telah dipolitikkan oleh ahli ahli politik yang tersangat lapang ataupun mereka sudah ketandusan idea untuk menyerang antara satu sama lain. Yang paling menyedihkan semua ahli penyayang binatang ialah haiwan haiwan tersebut tidak mampu untuk mempertahankan diri mereka apabila isu korban mereka dijadikan isu rasuah.
Mungkin lembu itu mampu mempertahankan dirinya sendiri sekiranya si ahli politik durjana tersebut memakai seluar dalam yang berwarna merah. Maka binatang seperti lembu tidak wajar diajak untuk menyambut perayaan tahun baru cina (kecuali tahun lembu) . Saya tak berani fikir apa yang akan terjadi pada hari perayaan tersebut.
Mampus semua orang yang memakai baju merah ditanduk oleh lembu dan kerbau itu. Mungkinkah ini antara satu sebab segelintir kaum tionghwa memang tidak gemar bersantap daging lembu selain dari pantang larang agama mereka? Okay lah, saya tidak mahu memspekulasi diet orang orang tionghwa lagi.
Kan kesian sekiranya haiwan haiwan ini memang tidak dapat membela diri mereka sendiri apabila kehidupan mereka dipolitikkan? Mereka ini bukan sahaja kena diselembihkan untuk disaji di rumah ataupun restoran, kehidupan mereka kena dipolitikkan lagi. Hai, memang malang menjadi lembu di negara ini.
Alangkah baik kalau dilahirkan di New Zealand kerana mereka merupakan majority di negara Lord Of the Rings itu. Percaya atau tidak, populasi lembu jauh melebihi jumlah manusia di New Zealand. Mungkin mereka boleh mewakili DUN ataupun Parliament mereka pada suatu hari nanti memandangkan mereka merupakan majority terbesar di negara oceanic itu.
Macam tu lah lumrah hidup dinegara kita ini. Semua benda boleh dipolitikkan demi kepentingan masing masing. Dari lembu, babi kepada isu bogel didalam rumah sendiri. Semua pun boleh dipolitikkan kerana Malaysia memang boleh.
Walaupun pingat emas olimpik gagal dimenangi oleh Lee Chong Wei, tapi saya yakin skuad kontingen negara kita mampu memunggut sekurang kurangnya 10 pinggat emas sekiranya acara Karenah Politik disertakan ke dalam acara olahraga Olimpik London 2012. I yakin ahli ahli politik kita mampu menjadi jurulatih yang bertaraf antarabangsa memandangkan negara kita mempunyai ramai pemain pemain politik yang berbakat.

