1. ‘Tag’ dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Tag orang yang telah men’tag’ anda
3. Tag orang yg anda mahu tag.
Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.
0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
tengah memerah sel sel kepala hotak aku untuk melukis carta database yang sungguh celaka ni.
1. 2 jam yang lalu?
melolong di dalam tandas sambil berak.
2. Anda suka
Terlalu banyak benda yang aku suka, tapi ada banyak benda juga yang aku benci.
3. Minggu lepas
Aku membaiki sebuah komputer antik yang berusia sebanyak 15 tahun. Menyampah betul, komputer lama sangat berat, setanding dengan berat seekor manusia.
4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
Kala Jengking - Always Somewhere
Hari Hijau - Geek Stink Breath
Kebun Buas - Truly Madly Deeply.
5. 3 binatang yang anda tak suka
Kucing - Aku benci kucing kerana perangai ia sebiji macam manusia. Kucing hanya akan melayan tuannya apabila ia mahu menjamu selera. Sebilangan besar manusia juga cuma akan mencari seseorang yang tertentu apabila mereka mahu sesuatu daripada mereka. Walaubagaimanapun, tidak boleh dinafikan lagi saya memang suka pada kucing manusia.
Serangga Raksasa - Sejak zaman kanak kanak lagi saya memang fobia kat serangga yang besar. Itu semua pasal abang sepupu saya kerana budak picisan itu pernah menyumbat seekor labah labah gergasi ke dalam seluar dalam saya.
Toyol Jadian asam Jawa- Saya betul betul meluat dengan toyol jadian cap muka botox yang sedang bertapak di Kajang. Orang yang berupa tempe memang tidak boleh dipercayai, apatah lagi dengan dakwaan dongengnya bahawa rumah agam yang dibina secara sulit itu tidak melebihi 4 juta ringgit. Nenek aku pun tak caya.
6. 5 fakta tentang anda
: Muka saya nampak macam budak baik tetapi perangai macam hantu siang.
: Saya dikatakan kurang bermoral kerana hampir gagal dalam ujian percubaan SPM Pendidikan Moral pada suatu ketika dahulu. Saya menjawab semua soalan dengan sejujur jujur nya, namun demikian jawapan saya tidak diterima kerana Pendidikan Moral Malaysia hanya mengalak pelajar pelajarnya untuk menipu.
: Saya lebih petah bertutur dalam bahasa melayu daripada bahasa inggeris tetapi saya lebih mahir dalam bahasa inggeris bertulis daripada bahasa melayu. Aneh tetapi benar.
: Proses pengemukan saya semakin menjadi jadi.
: Walaupun saya bercermin mata, saya tidak suka belajar. Kemalasan saya tiada tolok bandingannya. Kalau Sikap Malas dijadikan Sukan Olimpik, saya mampu meraih pingat emas yang pertama untuk kontinjen negara.
7. Tahun depan mungkin
… balik tongsan.
8. Saya tak reti
… melukis. Kehebatan saya dalam seni lukis setanding dengan budak tadika. Walaupun nama saya Vincent, namun nama keluarga saya bukan Van Gough.
9. Saya pandai
… berjenaka. Wanita mengandung harus berhati hati dengan seni jenaka saya. Air ketuban mereka akan bocor sekiranya mereka ketawa terbahak bahak tanpa kawalan. Saya juga pandai ketawa tak tentu pasal. Saya ketawa apabila semua orang ketawa, saya juga ketawa apabila mereka berhenti ketawa.
10. Kawan saya
… umpama abang kembar saya. Kami suka pada pasukan bola yang sama, kumpulan band yang sama, baju yang sama. Nasib baik kita tidak memiliki bini yang sama.
11. Saya ada
… misai
12. Saya seorang
… lelaki yang tidak begitu muda lagi.
13. Adik saya
- sudah berangkat ke syurga
14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
: ahmoi ahmoi yang cun dan comel.
: Kelab Bola Sepak Man Utd.
: wang ringgit
: peranan biologi saya sebagai seekor spesis jantan di muka bumi ini.
15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
- Hmmmm saya telah ‘berkahwin” olok olok dengan seorang anak gadis yang sebaya dengan saya pada usia 7 tahun. Bak petatah, Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
- Umur sebenar dan perangai jahat disebalik imej Nobita saya ini.
17. Saya rindu
- pada mendiang adik saya.
18. Saya tak sabar
- menyaksi perlawanan di antara Pasukan Persatuan Kenasepak Tempatan menentang Man Utd. Pasukan Kebangsaan Malaysia bukan pasukan yang ditubuhkan oleh FAM. Pasukan Kebangsaan Rasmi Malaysia terbahagi kepada 4 buah pasukan, iaitu Man Utd, Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Kalau kamu tidak percaya sila tengok berapa para penyokong berjersi merah Man Utd yang akan membanjiri stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu ini.
19. 5 laman yang anda slalu layari:
- http://www.therepublikofmancunia.co.uk
- http://www.facebook.com
- http://www.redrants.com
- http://www.malaysiakini.com
- http://forum.lowyat.net
20. siapa yang anda mahu tag?
- saya mahu tag orang orang yang suka membuang masa dan juga rakan seperjuangan siber saya.


