Menyampah aku tengok si dacing Barisan Nasional yang muncul tiap tiap kali saya melayari e-surat saya kat hotmail. Nampaknya inilah strategi khas mereka bagi mencuci otak rakyat demi mengaut seberapa banyak undi yang mungkin. Imej dacing ini akan muncul di mana saja. Fenomena ini mengingatkan saya tentang demam panas bola sepak piala dunia remaja yang telah berlangsung di tanahair kita sejak 11 tahun lalu.
Kalau otak anda masih ligat berpusing, anda akan ingat slogan coca cola “Tidur bola, Makan bola, Minum bola”. Ini cuma lah piala dunia remaja. Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya ia adalah Piala Dunia yang ori. Piala Dunia ori yang saya maksudkan ialah pasukan yang dipenuhi dengan pemain yang dewasa, bukannya pasukan pemain dimana koteknya masih belum berbulu.
Kalau Piala Dunia yang ori, adakah kita akan tukar slogan yang asal kepada Berak bola, Kencing bola ataupun Picit Bola? Samalah dengan pilihanraya yang tak umum ke 12 kali ni. Tak kira mana saya pegi, imej dacing sentiasa muncul di depan muka saya. Baca e-surat, imej dacing pula muncul di depan muka saya. Yang paling menyampah sebenarnya bukan dacing, tapi muka muka calon mereka yang hodoh, gemuk ataupun botak.
Tak macam calon di K-Hell dan Selangor, ada calon calon wanita yang lawa. Eh, bukan Chew Mei Fun ataupun Ng Yen Yen tau? Selamanya ini saya memang tak anggap mereka ni sebagai wanita kerana muka mereka lebih mirip mak nyah. Carol Chew dan Jenice Lee agak menarik juga. Walaupun ada orang kata muka Carol Chew adalah versi cetak rompak Fong Po Kuan kerana muka mereka tu agak sama, tetapi agak comel juga Si Chew-ing gum itu.
Malangnya beliau menyelebahi pihak dacing dan menguna taktik kotor untuk memburuk buruk nama lawannya, kalau tidak saya akan terus pangkah nama beliau tanpa was was di Pilihanraya yang akan datang ini. Namun demikian, kita kena ingat tugas kita adalah mengundi orang yang berkebolehan, bukan pilih ratu cantik ataupun Mawi Power (MP) melalui sms.
Jenice Lee pula lain.
Umur beliau hampir sebaya dengan saya. Saya masih sibuk merancap di dalam bilik ‘cinta’ saya tetapi beliau sudah mula berkecimpung dalam bidang politik. Apabila saya baca kelayakan (resume’) gadis yang berkaca mata ini, terkejut saya dengan sijil sijil yang mereka perolehi. Tak hairan lah mereka kata lebih ramai kaum hawa (bukan hawa dingin) telah mendapat lebih tempat di Universiti berbanding dengan kaum jantan. Malangnya, saya tidak sempat bertanya beliau tentang tahap kelayakannya di atas katil.
Saya berharap beliau akan dapat bertahan dengan sindiran ‘bocor’ dari orang orang yang tidak bertamadun di dalam Dewan Rakyat sekiranya beliau menang di dalam pilihan raya yang tak umum ini. Saya tak betul faham apasal ada iklan dimana ucapan keempat-empat bekas perdana menteri kita telah dipotong dan tampal (cut and paste) untuk iklan propaganda kat TV.
Keempat empat bekas PM kita itu sememangnya telah berjasa, tetapi apa jasa yang dilaungi oleh Pak Lah? Apa jasa beliau kepada negara kita? Mengalakkan orang tidur dalam mesyuarat penting? Saya memang tidak dapat memikirkan apa apa sumbangan Pak Lah kepada negara kecuali mempopularkan budaya tidur siang dikalangan rakyat jelata dan mempraktik cogan kata nya yang berbunyi seperti “Saya tidak tahu” ataupun “I don’t know” and “zzzzzzz”.
Technorati Tags: pilihan raya tak umum, Pak Lah, suka tidur, Dacing, Barisan Nasional, Tidur King

